February 14, 2012

Sepetang

Petang tadi aku membakar lemak a.k.a ber-jogging. Macam tak percaya je. Kelakar lah. Aku malu gila kot tadi. Malu terserempak dengan orang yg aku kenal. Alaaa maluu maluuu. Macam dah taknak jogging dah tadi. Nasib kita ada kawan yg supportive macam zana. Sekali dia sergah aku. Gigil. Gigih jugak lah aku turun jogging, sebab takut zana marah. Kahkahkah! 

Semua sebab Ahmad Afifi! Dia selalu panggil aku gemuk. Siot je dia. Kalau depan² dia panggil aku gemuk, mahu singgah tapak tangan debab aku ni kat muka dia. HAHAHA! Fine lah. Ahmad Afifi tu siapa eyh? Dia boyfriend kita lah. aww aww! i maluu y'olls! Hahahaha! Gediikxss nyewww! *selingan rempit*. K. Haah haah. Dia bf aku. Uii, banyak cekadak nya dia. Aku bukan nak kurus sebab dia pon, aku memang nak kurus sebab nak HOT! Ceehhh! Kamon lah! Siapa tak nak kurus kan? Baru boleh pakai segala macam jenis baju. Phewwiitt! kahkahkah! Ahmad Afifi support je apa semua yg aku buat. Sweet kan? Hakikatnya dia memang sweet. Tapi, aku selalu cakap dia tak sweet sebab malas ah nak kasi dia kembang. Dia tu pantang kena puji, terus kembang semangkuk -.-' Macamana sekalipon, aku happy je selama 3tahun aku kenal dia. Dia kawan yg baik. Understanding, supportive. Tapi, kitorang still lagi nak kenal hati budi masing² Perrghhh! ayat retis habis! HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Aku harap ahmad afifi menangis bila tahu aku jogging harini. Buat kali pertama-nya setelah berberapa tahun tak jogging. Dasyat jugak aku ni kan? Pemalas betei! 

Hakikatnya, hobby aku ialah adalah ialah (ialah ke adalah eyh? konfius!) makan-tidur-makan-tidur dan kadang² makan sambil tidur. Over tak? over tak? kkkkkkkkkk. HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Kalau ikut kan hati tadi, aku dah nak cancel dah plan jogging petang ni. Sebab rasa malas. Mujur ada zana! Dia kerah aku untuk jogging jugak. Dengan cara "SEMANGAT" Zana puasa kot tadi, tapi dia berkobar-kobar nak jogging jugak. Malu lah beb aku yg tak puasa ni pulak yg tak larat nak jog. ohh. Shaqira Afina ni memang pantang orang lebih sikit daripada dia. TRUE STORY.

By the way, aku suruh jugak zana monitor pemakanan aku. Well, makanan tu kan scandle aku. Sama je kau jog berjam jam tapi still makan macam monster. BAIK KAU TAKPAYAH JOG! ye dak? kihkihkih! Zana terpaksa jadi garang dengan aku bila bab makan. Tapi tapi zana cakap dia takut dengan aku.

TAKUT ???


zana cakap dia takut sebab aku garang.

GARANG ??


Aku garang eyh? Aku pon tak tahu lah aku garang ke tak. Muka ye lah nampak garang. Tapi hati kita baik. Selembut kapas. kihkihkih!


Dan tiba-tiba pengaruh 9gag sangat kuat dalam diri aku. Ahmad Afifi lah ni kenal kan aku dengan 9gag, Kan aku dah ketagih. hehehe.

Sebelum berakhir, aku akan mendedahkan kegigihan aku berjogging petang tadi. kihkihkih! *gigih apa nya, baru jog sikit dah pancit -.-"*


zana dah pecut kat depan.


aku membetulkan tali kasut. Padahal aku dah semput.amek masa utk duduk kejap konon² ikat tali kasut. kihkihkih!


dan aku pon pecuuuuttt. Sambil berkata "Tunggu zana! tunggu!".


Setelah selesai 88round. Kami (aku and zana) jalan beriringan pulang ke bilik masing² .

...... THE END......

*epic gila kan cerita aku?? HAHAHAHAHAHA!*

LAST WORD: THANKS ZANA SEBAB TEMAN AKUUU! :')

Till then. Assalamualaikum :)

No comments: